Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mempatenkan Sistem Lensa Modular Untuk Telefon Pintar

Pada hemat kami peranti dengan kamera terbaik sepanjang 2015 ialah Samsung Galaxy S6. Gambar yang diambil tajam, penghasilan warna yang sempurna dan aplikasi kamera yang pantas. Tahun hadapan Samsung akan sekali lagi cuba menghasilkan peranti dengan kemampuan kamera yang tinggi menerusi sensor 20 Megapixel BriteCell mereka sendiri. Tetapi ini mungkin bukan satu-satunya cara Samsung untuk kekal di hadapan. Paten terkini yang difailkan mereka menunjukkan sistem lensa modular untuk peranti pintar.

Paten-lensan-Samsung-2

Sistem lensa boleh tukar untuk peranti pintar bukanlah perkara baru. Terdapat banyak lensa boleh tanggal di pasaran sekarang. Apa yang dilakukan Samsung berbeza kerana modul kamera yang boleh ditanggalkan akan mempunyai sensor sendiri, bukannya sambungan lensa ke atas kamera yang sedia ada. Dengan sistem ini saiz sensor dan jenis lensa peranti boleh ditambah baik tanpa membeli peranti baru. Konsep ini sama seperti Project Ara yang sedang dibangunkan Google. Seperti biasa paten tidak semestinya bermakna ia akan menjadi realiti. Sistem modular ini pastinya akan membuatkan peranti menjadi lebih mahal.

Paten-lensan-Samsung-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mempatenkan Sistem Lensa Modular Untuk Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info