Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Dan Xiaomi Mengumumkan Kerjasama Untuk Penggunaan Paten

Qualcomm merupakan pengeluar terkemuka untuk cip pemprosesan, dan mempunyai beberapa paten berkaitan dengan arena 3G, 4G dan juga teknologi tanpa-wayar generasi akan datang. Terkini, mereka mengumumkan kerjasama dengan Xiaomi untuk melesenkan paten 3G dan 4G kepada pihak Xiaomi.

Xiaomi Mi Note

Melalui kerjasama ini, Xiaomi akan membayar royalti paten untuk pengeluaran dan penghasilan produk 3G dan juga 4G – sekaligus membawa kepada keuntungan tambahan pihak Qualcomm.

Kerjasama dan perlesenan paten ini juga turut memberikan kelebihan kepada pihak Xiaomi yang kini kian aktif dalam memperluaskan penawaran produk mereka di luar China, termasuk menyasarkan untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Menurut Xiaomi, perlesenan ini membolehkan mereka terus membawa pelbagai inovasi baru kepada keluarga peranti Mi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Dan Xiaomi Mengumumkan Kerjasama Untuk Penggunaan Paten"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info