Dengan demam Star Wars yang menjelang tiba, beberapa promosi berkaitan dengannya disediakan – termasuk dengan kerjasama bersama pihak Google. Terkini, membawa ia setapak kehadapan, pihak Star Wars turut telah mula berkongsi kandungan realiti-maya harian mereka kepada pengguna melalui aplikasi khusus Star Wars.
Pihak Star Wars akan mengeluarkan sejumlah kandungan memfokuskan realiti-maya setiap hari melalui aplikasi berkenaan. Pengguna boleh menikmatinya menggunakan Google Cardboard, atau turut memilih untuk menontonnya dengan mengerakkan peranti ke kiri kanan, atas dan bawah.
Kandungan pertama telah pun sedia dimuat-turun dan dimainkan, dimana kandungan pertama ini memaparkan Milennium Falcon yang dikejar oleh beberapa jet lain. Secara kasar, ia dilihat sama seperti apa yang telah diperlihatkan dalam trailer filem berkenaan.
Beberapa kandungan lain akan diterbitkan dari hari ke hari dalam memberikan lebih banyak hype kepada filem berkenaan yang akan mula ditayangkan pada 17 Disember 2015 kelak. ia sesuatu yang menarik untuk melihat penggunaan teknologi realiti-maya dalam menjayakan dan mempromosikan filem – dan mungkin kita akan melihat lebih banyak filem hadir dengan sokongan serupa pada masa akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Mengalami Pengalaman Star Wars Melalui Kandungan Realiti-Maya"