Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelanggan Pascabayar Digi Boleh Menggunakan Internet Pada Beberapa Penerbangan Malindo

Digi hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Malindo Air, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna pelan pascabayar Digi untuk kekal melayari dan mengakses internet ketika dalam penerbangan. Buat masa ini, hanya beberapa penerbangan terpilih sahaja yang menyokongnya, dan bukan semua penerbangan Malindo.

Digi Aeromobile

Perkhidmatan ini disokong pada beberapa penerbangan yang menggunakan kapal terbang Boeing 737-900ER – dimana kebanyakkannya membuat penerbangan ke Mumbai, Delhi, Amrista, Kochin, Trichy, Trivandum, Kahtmandu, Perth, Kota Kinabalu, Kuching, Bali dan Bangkok.

Untuk menggunakan perkhidmatan internet ini, pelanggan akan dicaj sebanyak RM32 sehari – dan ia beroperasi seperti perkhidmatan perayauan dimana pengguna akan dihubungkan ke rangkaian Aeromobile.

Selain daripada pada Malindo, pengguna pelan pascabayar Digi juga turut boleh menikmati akses internet pada penerbangan Singapore Airlines, KLM Airlines, Air France, Qatar Airways, Etihar Airlines dan beberapa yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pelanggan Pascabayar Digi Boleh Menggunakan Internet Pada Beberapa Penerbangan Malindo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info