Bersama-sama dengan pengenalan sistem operasi MIUI8 yang terbaru, pihak Xiaomi juga turut telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dan dengan skrin paling besar daripada Xiaomi, iaitu Xiaomi Mi Max.
Xiaomi Mi Max hadir dengan rekaan yang nipis, iaitu hanya setebal 7.5mm sahaja, serta menawarkan skrin bersaiz 6.44-inci. Mi Max menggunakan rekaan berasaskan logam, dan pada bahagian belakangnya diposisikan pengimbas cap jari untuk tujuan sekuriti tambahan dan memastikan data anda tidak diakses pengguna pihak ketiga.
Dengan skrin bersaiz besar ini juga, pengguna boleh mengikuti lebih banyak kandungan menggunakannya, selain sangat sesuai untuk menikmati video mahupun memainkan permainan.
Xiaomi Mi Max juga turut menyertakan mod sebelah tangan seumpama pada Mi Note sebelum ini, membolehkan pengguna menjadikan skrin paparan bersaiz kecil supaya boleh dicapai untuk ditaip menggunakan sebelah tangan.
Sedang dikemaskini..
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Memperkenalkan Mi Max – Telefon Pintar Nipis Dengan Skrin Bersaiz 6.4-inci"