Arena kepintaran buatan dan juga pembelajaran mesin merupakan salah satu arena yang kini disertai oleh pelbagai syarikat. Terkini, turut menyertai arena sama adalah OpenAI yang menerima pelaburan daripada beberapa pihak ternama – termasuk Elon Musk, Peter Thiel, YC Research dan yang lain.
OpenAI telah menerima suntikan dana sebanyak $1 bilion, yang mana akan memfokuskan kepada aspek-aspek positif kepintaran buatan dalam membantu manusia. OpenAI berfungsi sebagai badan bukan berasaskan keuntungan – yang mana membolehkan mereka lebih memfokuskan kepada memberikan impak positif kepada manusia tanpa merisaukan kepada keuntungan yang dijana melaluinya.
Hasil yang akan dibawa daripada inisiatif OpenAI masih tidak diketahui lagi sepenuhnya buat masa ini. Namun, dengan sokongan daripada pelbagai pihak, kita mungkin akan melihat perkembangan yang positif dalam arena kepintaran buatan ini pada masa akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OpenAI Dilancarkan Dengan Fokus Untuk Membawa Kepintaran Buatan Setapak Kehadapan"