Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus Kini Menjual Kerangka Luar Untuk iPhone 6

OnePlus sering hadir dengan perkara-perkara yang hype, dan terkini mereka dilihat menawarkan aksesori untuk pengguna iPhone 6, iaitu kerangka luar tambahan yang hadir dengan rekaan sandstone. Bersama-sama dengan pembelian kerangka luar ini juga, pihak OnePlus turut menyertakan kod jemputan untuk membeli OnePlus X.

OnePlus iPhone

OnePlus mengatakan ia memberikan binaan yang baik, sekaligus membuatkan pengguna rasa lebih kukuh ketika memegang peranti dengan menggunakan kerangka luar ini.

Rekaan kerangka luar ini juga turut menyembunyikan logo Apple pada bahagian belakang, dan menggantikan ia dengan logo OnePlus.

Pihak OnePlus menjualnya pada harga $19.99. Namun, untuk pengguna Malaysia, agak mendukacitakan buat masa ini, memandangkan ia tidak menyokong penghantaran untuk pasaran tempatan buat masa ini. Di Malaysia, wakil pengedar mereka adalah Brightstar, dan ia masih tidak diketahui sama ada Brightstar akan menawarkan aksesori ini ataupun sebaliknya – apatah lagi, Brightstar juga merupakan pengedar rasmi untuk iPhone di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Kini Menjual Kerangka Luar Untuk iPhone 6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info