Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Chromebook 11 Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM999

Chromebook merupakan komputer riba berasaskan kepada sistem operasi Chrome OS – iaitu sistem operasi berasaskan awan daripada Google. Di Malaysia, produk berasaskan Chromebook masih terhad, dan kini diliha Acer turut telah mula menawarkan Chromebook mereka di Malaysia selain daripada Samsung dan juga HP.

Acer Chromebook 11

Di Malaysia, Acer menawarkan Chromebook 11 N2840, yang mana hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci, dan dijana menggunakan cip Intel Celeron 2.16Ghz. Komputer riba ini turut dilengkapi dengan memori sebanyak 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB SSD. Untuk pasaran Amerika Syarikat, ia telah dilancarkan pada Oktober 2014 yang lepas, dan ia boleh dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk hadir ke pasaran tempatan.

Menggunakannya, pengguna boleh mengakses web, membuat penyuntingan dokumen melalui aplikasi seumpama Google Docs, membuat penyuntingan gambar asas, dan beberapa perkara lain. Memandangkan kebanyakkan tugasan hari ini dilakukan hanya pada pelayar web sahaja, maka peranti seumpama Chromebook ini mempunyai permintaannya tersendiri.

Pihak Acer Malaysia menawarkan komputer riba ini secara eksklusif melalui Lazada, dan ia berharga RM999.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Chromebook 11 Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info