Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) iDot – Sekiranya Apple Tidak Pernah Menghasilkan Telefon Pintar

Tanggal 9 Januari 2007 ialah hari yang amat penting di dalam dunia peranti pintar mudah alih. Pada hari tersebut sebuah peranti elektronik yang menggabungkan sebuah komputer, telefon dan pemain muzik diperlihatkan oleh Steve Jobs kepada umum. Peranti ini ialah sebuah iPhone dan ianya mengubah rekaan telefon mudah alih dan kehidupan manusia dunia sejak dari hari itu. Mungkin ada pembaca Amanz yang tergolong di dalam kategori anti Apple. Tetapi kebencian ini tidak seharusnya menghalang anda dari menyedari bahawa iPhone adalah peranti yang memulakan revolusi peranti pintar mudah alih.

iDot-2

Tetapi pernahkah anda terfikir apakah terjadi sekiranya Apple tidak menghasilkan iPhone? Di dalam dunia alternatif ini Apple menghasilkan sebuah peranti tidak pintar tanpa skrin sesentuh seperti majoriti peranti Nokia yang popular. iDot ialah peranti kurang pintar yang mungkin dikeluarkan oleh Apple. Konsep iDot ini dihasilkan oleh Curbed. Peranti ini mempunyai rekaan candy bar, tidak mempunyai kamera dan mempunyai butang fizikal pada bahagian hadapan. Adakah anda masih ingin memilikinya?

iDot-1  iDot-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) iDot – Sekiranya Apple Tidak Pernah Menghasilkan Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info