Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Boncho – Baju Hujan Khas Untuk Penunggang Basikal

Kami pernah berbasikal ke sekolah. Ianya aktiviti yang menyihatkan tubuh badan pelajar namun ianya juga mendedahkan mereka kepada bahaya. Kerana jumlah kenderaan bermotor yang semakin bertambah, kami sedari jumlah pelajar yang berbasikal kini sudah mencecah tahap kepupusan. Selain masalah keselamatan, berbasikal juga tidak praktikal ketika musim tengkujuh. Baju hujan walau dipakai sekalipun tidak menjamin penunggang tidak akan basah kuyup.

Boncho-1

Bocho ialah baju hujan yang direka khas untuk digunakan ketika mengayuh basikal. Baju hujan rekaan Belanda ini menutupi bukan sahaja tubuh penunggang malahan tempat pemegang basikal. Apabila tidak diperlukan Boncho boleh dilipat menjadi beg bulat yang kompak. Untuk digunakan beg bulat ini akan terbuka dengan pantas bagi memudahkan proses memasangnya pada tubuh. Boncho dijual pada harga $60 (~RM 257) sebuah. Harga yang agak mahal tetapi sekiranya anda mahukan baju hujan khas untuk menunggang dan mudah disimpan ini adalah jawapannya.

Boncho-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Boncho – Baju Hujan Khas Untuk Penunggang Basikal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info