Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Menyertai Arena Rumah Pintar – Mengumumkan Platform HiLink

Tahun ini sahaja pelbagai jenama pengeluar peranti pintar dari China telah mula mengumumkan inisiatif mereka dalam menyertai arena rumah pintar. Selepas Xiaomi dan Meizu, Huawei pada acara ulangtahun Honor kedua turut berkongsi berkenaan platform rumah pintar mereka, yang dikenali sebagai HiLink.

Sedikit berbeza dengan pengeluar yang lain, Huawei menerangkan dimana menerusi platform HiLink, mereka lebih menekankan kerjasama dengan pengeluar peranti kelengkapan rumah yang lain. Jika pengeluar lain lebih memfokuskan akan hadir dengan peranti mereka yang tersendiri, seperti contoh penapis udara atau kamera pemantauan dan memerlukan pengguna membeli hanya peranti dari mereka, platform HiLink merupakan platform terbuka, dimana pengeluar kelengkapan rumah sedia ada dapat memanfaatkannya. Dengan keterbukaan ini, lebih banyak peranti berhubung dengan internet boleh berhubung hanya melalui satu platform ini yang dicipta Huawei.

Huawei HiLink -IMG_8885

Huawei HiLink -IMG_8901

Menggunakan platform HiLink, pengeluar peranti kelengkapan rumah yang boleh dihubungkan dengan internet hanya perlu menggunakan ‘bahasa’ yang digunakan oleh HiLink. Huawei juga merupakan pengeluar cip pemprosesan iaitu Kirin. Menerusi platform ini mereka akan menyediakan cip pemprosesan, sistem operasi, dan juga ‘bahasa’ protokol perhubungan HiLink kepada pengeluar yang berminat.

Dalam memberikan contoh kelebihan platform HiLink, CEO Huawei turut menyatakan kesemua peranti pintar yang menggunakan platform ini akan digelar sebagai HiLink Inside dan membawakan rekaan yang hadir dengan satu butang khusus. ‘Perhubungan’ antara kedua-dua peranti pintar ini adalah semudah menekan butang pada peranti serta aplikasi yang akan mengendalikan kesemua peranti pintar dirumah. Satu lagi contoh yang menarik adalah dengan HiLink yang dibangunkan Huawei, pengguna peranti Huawei dan Honor yang menyokong fungsi SmartKey dapat mengaktifkan peranti kelengkapan rumah menggunakannya, seperti membuka kunci pintu atau pagar rumah.

Huawei HiLink -IMG_8923

Buat masa ini, mereka telah mempunyai lebih dari 60 rakan kerjasama yang terdiri dari pengeluar peranti kelengkapan rumah dimana kebanyakannya merupakan pengeluar peranti dari China. Untuk permulaan, mereka akan hadir dengan dua komponen untuk platform ini, iaitu Huawei LiteOS dan Huawei HiLink SDK. Huawei LiteOS merupakan sistem operasi yang dikhususkan untuk peranti yang boleh berhubung dengan internet. Sistem operasi ini sangat pantas, dan membolehkan ia berkomunikasi dengan platform HiLink. HiLink SDK pula dapat berkomunikasi dengan pelbagai peranti, serta menyokong platform Android dan Windows. Kedua-dua komponen ini boleh diperoleh pada suku kedua tahun hadapan.

Dengan pengumuman platform HiLink dari Huawei ini menandakan bermulanya agenda rumah pintar dari Huawei, dengan sedikit kelainan dimana mereka tidak mahu bersaing dan menjadi pengeluar peranti kelengkapan rumah sekaligus memaksa pengguna untuk membeli hanya barangan buatan mereka. Pada acara yang sama juga mereka turut mengumumkan dua peranti yang menyokong HiLink, iaitu Honor Router Pro dan Honor Box Voice, dengan kedua-duanya membawakan butang berlabel ‘Hi’ dihadapan. Kelak pada masa akan datang lebih banyak peranti yang menyokong platform HiLink ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei Menyertai Arena Rumah Pintar – Mengumumkan Platform HiLink"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info