GTA : San Andreas pada hemat kami adalah permainan terbaik di dalam siri perainan dunia terbuka ini. GTA V mungkin mempunyai grafik lebih realistik namun jumlah aktiviti dan kustomasi watak CJ di dalam San Andreas adalah jauh lebih baik. Ianya adalah antara permainan yang sering kami mainkan di PlayStation 2 walaupun grafiknya kini sudah ketinggalan zaman. Sekiranya anda merindui GTA San Andreas tetapi tidak memiliki PlayStation 2, hari ini ada sedikit berita baik.
Pemilik PlayStation 3 kini boleh memuat turun permainan ini menerusi PlayStation Store. Ianya adalah edisi buatan semula dengan grafik dipertingkatkan ke 720P dan sokongan trofi. Versi ini dikatakan adalah setanding dengan versi Xbox 360 yang muncul tahun lalu. Jika anda ingin memuat turun anda perlu menggunakan akaun PSN versi Amerika Syarikat. Kami tidak tahu mengapa ia tidak boleh dibeli oleh pemegang akaun Asia. Harga jualan hanya $14.99 dan saiz muat turun pula ialah 2 Gigabyte. Masa untuk kembali ke Grove Street!
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GTA : San Adreas Kini Boleh Dimuat Turun Di PlayStation 3"