Pada minggu lepas, kita sedia mendengar akan mengenai aplikasi Telegram yang dibuang seketika daripada App Store. Lanjutan daripadanya, kini pihak Apple berkongsi lanjut mengenai hal berkenana, dan mengatakan Telegram dibuang kerana ia didapati melanggar peraturan yang ditetapkan, dan mengandungi kandungan pornografi kanak-kanak padanya.
Melalui komen yang dikeluarkan kepada 9to5Mac, Apple mengatakan mereka telah menerima laporan berkaitan kandungan pada aplikasi berkenaan, dan mengesahkan perkongsian tersebut selepas mengujinya sendiri.
Apple turut mengatakan yang mana mereka telah bekerjasama dengan pembangun aplikasi berkenaan dalam membuang kandungan tersebut, selain pada masa yang sama mengharamkan pengguna berkaitan daripada berkongsi di Telegram.
Selepas pengesahan kembali, Apple telah pun menerbitkan kembali aplikasi tersebut di AppStore.
Apple sekali lagi menekankan yang mana mereka tidak akan sekali-kali membenarkan kandungan tidak sah diedarkan melalui aplikasi di App Store
Dengan komen rasmi daripada Apple ini, semestinya ramai yang akan tertanya-tanya apakah Google turut menerima laporan sama berkaitan perkongsian kandungan tidak sah atau sebaliknya untuk aplikasi Telegram di Google Play Store.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Membuang Aplikasi Telegram Tempoh Hari Kerana Kandungan Pornografi Kanak-Kanak"