Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Akan Menamatkan Fungsi Rakaman Video Dari Webcam Di YouTube Pada 16 Januari 2016

YouTube mempunyai beberapa kaedah untuk membolehkan anda berkongsi rakaman video, termasuk membuat rakaman secara automatik daripada pelayar web anda menggunakan webcam pada komputer riba atau desktop. Walaubagaimanapun, dengan perkembangan kamera pada telefon pintar, mahupn harga kamera yang rendah, ia membuatkan fungsi rakaman daripada webcam kurang digunakan ramai.

YouTube WebcamMemandangkan ramai yang tidak menggunakannya pada masa sekarang, Google kini mengumumkan akan menamatkan sokongan untuknya pada awal tahun hadapan.

Walaupun fungsi ini akan ditamatkan, Google memberikan alternatif kepada pengguna, mengatakan mereka boleh merakamkan video menggunakan webcam terbina pada komputer mereka, kemudian menyimpannya sebelum memuat-naik ke halaman YouTube. Ini membolehkan pengguna membuat penyuntingan terlebih dahulu, dan lebih kebebasan kepada pengguna berbanding rakam dan muat-naik terus pada YouTube.

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menggunakan peranti mudah-alih mereka untuk melakukan perkara sama – termasuk menggunakan peranti Android dan juga iOS.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Akan Menamatkan Fungsi Rakaman Video Dari Webcam Di YouTube Pada 16 Januari 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info