Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ecoguard – Cangkerang iPad Yang Bergaya Diperbuat Daripada Kayu

Cangkerang dibeli oleh pengguna bagi memastikan peranti akan sukar mengalami kerosakan sekiranya terjatuh. Kami sendiri menggunakan cangkerang tahan lasak sejak mempunyai seorang anak kecil. Cangkerang juga digunakan bagi membuatkan peranti kelihatan lebih bergaya. EcoGuard ialah cangkerang untuk iPad yang kelihatan amat bergaya kerana diperbuat daripada kayu.

Ecoguard-1

Penutup EcoGuard yang diperbuat daripada kayu Walnut dan Cherry ini bukan sahaja mengelakkan kerosakan pada peranti malah boleh berubah menjadi tetongkat. Apabila dilipat ia tablet mempunyai tetongkat untuk menaip pada posisi mendatar ataupun menegak untuk mod menonton video. Lapisan microfiber pada bahagian dalam pula memastikan skrin tidak tercalar. EcoGuard direka untuk iPad Mini (1,2,3) dan iPad Air 2. Harga jualan bermula dari € 64.90 (~RM 269) sebuah.

Ecoguard-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ecoguard – Cangkerang iPad Yang Bergaya Diperbuat Daripada Kayu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info