Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ujian Rangkaian 5G Mula Dilakukan Di Jepun – Menyasarkan Pengenalan Komersial Pada 2020

Di Malaysia, rangkaian 4G masih tidak terdapat dibeberapa kawasan – malah terdapat beberapa negara di luar sana yang masih tidak mempunyai langsung rangkaian 4G, tetapi perkara ini tidak menghentikan kepada evolusi dunia rangkaian yang seterusnya, iaitu kearah rangkain 5G.

NTT DoCoMo merupakan syarikat telekomunikasi mudah-alih terbesar di Jepun, dan terkini mereka telah pun melakukan ujian dunia nyata untuk rangkaian teknologi 5G bersama-sama pihak Nokia Network.

Daripada ujian yang dilakukan, pihak NTT DoCoMo mencubanya pada salah satu kompleks komersial di Tokyo, yang memperlihatkan rangkaian 5G mencapai kelajuan akses 2Gbps. Untuknya, mereka telah menggunakan gelombang 70Ghz, dan ini adalah kali pertama ujian rangkaian 5G dilakukan pada keadaan dunia-nyata.

Pihak NTT DoCoMo menyasarkan untuk memperkenalkan rangkaian 5G mereka di Tokyo kepada pengguna menjelang tahun 2020 – tahun sama dimana Jepun menyasarkan pelbagai pengenalan teknologi baru, sekaligus mencuri perhatian dunia bersama-sama dengan Sukan Olimpik 2020.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ujian Rangkaian 5G Mula Dilakukan Di Jepun – Menyasarkan Pengenalan Komersial Pada 2020"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info