Sembang Maniac

Sembang-sembang je

uCella – Peti Surat Pintar Memudahkan Penerimaan Bungkusan Di Rumah

Anda membeli bungkusan dari sebuah portal atas talian. Anda menanti beberapa hari ataupun minggu (jika dibeli dari luar negara) untuk bungkusan tiba di rumah anda. Kerana terlalu teruja anda mengambil cuti kerana tidak mahu bungkusan dihantar ke alamat tempat kerja. Ketika menanti bungkusan tiba anda terpaksa pergi ke tandas untuk melakukan qada’ hajat. Selepas menanti seharian bungkusan yang dijanjikan tiba hari ini tidak kunjung tiba. Pintu rumah dibuka dan anda terlihat slip kertas dari syarikat penghantaran mengatakan “bungkusan dihantar tetapi anda tiada di rumah”. Ini adalah perkara yang paling menjengkelkan tentang pembelian atas talian. Penantian yang lama diikuti oleh pekerja syarikat penghantaran yang mengetuk pintu sekali dan menunggu hanya 5 saat sebelum merasakan anda tiada di rumah. Bungkusan kemudian perlu diambil di pejabat serahan yang terletak jauh dari rumah.

ucella-peti-surat

uCella ialah peti surat pintar yang mahu memudahkan proses penghantaran bungkusan ke rumah anda. Sekiranya anda tiada di rumah pekerja pos ataupun syarikat penghantaran bungkusan boleh memasukkan barang yang dihantar ke dalam uCella. Peti surat pintar yang terlipat ini boleh dibuka bagi menghasilkan ruang simpanan yang cukup besar untuk bungkusan yang dihantar. Penghantar bungkusan boleh berhubung dengan anda menerusi sistem interkom terbina lengkap dengan kamera video. Pengimbas kod bar terbina akan menjadi pengganti tanda tangan sebagai bukti bungkusan diterima. Kamera video terbina turut berfungsi sebagai kamera litar pintar yang mencegah kecurian. Peti simpanan ini hanya boleh dibuka semula dengan memasukkan kod laluan ataupun imbasan menggunakan peranti pintar.

Sebuah idea peti surat yang menarik untuk keperluan abad ke 21. Memang aneh sekali saiz peti surat tidak banyak berubah sedangkan penghantaran bungkusan ke rumah kini semakin popular sejajar dengan peningkatan pembelian atas talian. Di Malaysia uCella mungkin perlu diubah suai kerana rekaan rumah yang berbeza dari barat serta bahan binaan yang perlu lebih tahan lasak. Kerisauan utama ialah peti surat pintar ini dijadikan sasaran perompak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "uCella – Peti Surat Pintar Memudahkan Penerimaan Bungkusan Di Rumah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info