Memutuskan perhubungan dengan kekasih adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Kadang kala si kekasih boleh bertindak ganas kerana tidak dapat menerima perhubungan sudahpun ditamatkan. Kami sendiri pernah tiga kali memutuskan perhubungan menggunakan panggilan telefon kerana teman-teman wanita tidak berani bersua muka. Di dalam dunia moden sekarang tidak mengejutkan kini wujud perkhidmatan yang membantu menamatkan perhubungan mewakili pihak anda.
The Breakup Shop ialah laman dari Kanada yang menawarkan perkhidmatan ini. Dengan bayaran semurah $10, pihak Breakup Shop akan menghantarkan khidmat pesanan ringkas kepada kekasih anda untuk memutuskan perhubungan. Dengan bayaran $20 pula mereka akan menghantar surat fizikal. Sekiranya anda terasa amat serba salah dengan apa yang anda lakukan, terdapat pakej premium bernilai $80 yang memberikan langganan Netflix, dua botol wine, permainan konsol terkini ataupun coklat berjenama sebagai pengubat kesedihan.
Di dalam dunia di mana kita boleh memesan pemandu peribadi seperti Uber dan mengupah orang melakukan kerja remeh seperti BeMalas tidak mengejutkan kini wujud Breakup Shop. Sebuah lagi idea perkhidmatan yang kreatif walaupun sedikit aneh. Agaknya pada pendapat apakah perkhidmatan aneh yang bakal wujud di masa hadapan?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "The Breakup Shop – Perkhidmatan Memutuskan Perhubungan Dengan Kekasih"