Misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai. Pesawat yang di dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing ini hilang secara tiba-tiba pada 3 Mac 2014. Selepas 615 hari hanya sebahagian kecil sayap ditemui di Kepulauan Reunion. Operasi mencari masih lagi dijalankan dengan menggunakan kapal yang memetakan permukaan laut. Zon pencarian semakin kecil dan harapan untuk menemui pesawat ini semakin hari semakin berkurangan. Laporan berita mengenainya juga sudah semakin jarang didengari dan insiden yang mengejutkan dunia ini sudah hampir dilupakan.
Bagi mengelakkan kehilangan misteri seperti ini berlaku, sebuah sistem pengesanan pesawat menggunakan satelit sudah dipersetujui di World Radiocommunication Conference yang berlangsung di Geneva semalam. Sistem Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B) yang sedia ada akan diberikan kemampuan menghantar kedudukan pesawat setiap 15 minit ke satelit pengesan. Sebelum ini ADS-B hanya menghantar kedudukan pesawat ke stesen pengesan di permukaan bumi dan ke pesawat lain sekiranya perlu. Kaedah lama ini menyebabkan pesawat tidak dapat dikesan apabila terbang di 70% kawasan bumi kerana ketiadaan stesen pengesan.
Penggunaan sistem baru ini dipersetujui oleh 160 negara ahli dan dijangka mula beroperasi seawal 2017. Keperluan mengesan pesawat sepanjang di udara ini sudah disuarakan sebelum insiden MH370 tetapi tidak dipandang serius kerana dianggap tidak perlu. Malaysia adalah antara negara yang kuat menyokong sistem ini diperkenalkan selepas MH370 hilang dengan 269 penumpang dan anak kapal. Dengan pengenalan sistem pengesan menggunakan satelit ini, insiden seperti MH370 tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sistem Pengesan Pesawat Menggunakan Satelit Dipersetujui Bagi Mengelakkan Tragedi MH370 Berulang"