REA Group, salah satu syarikat yang dimiliki oleh News Corp hari ini mengumumkan perancangan dan keinginan untuk mengambil-alih salah satu portal hartanah popular di Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara, iaitu iProperty.
REA Group merancang untuk mengambil-alih iProperty Group pada nilai sekitar AUSD$580 juta(~RM1.78 bilion). REA Group sebelum ini sedia mempunyai sedikit pegangan pada iProperty Group sebelum ini, dan pengambilan baki 77.3% pada nilai tersebut, sekaligus memberikan harga keseluruhan untuk iProperty pada nilai AUD751 juta (~RM2.3 bilion).
Dengan pengambil-alihan iProperty Group ini, ia sekaligus memberikan REA Group untuk akses kepada pegangan portal hartanah di sekitar Asia Tenggara – terutamanya Malaysia, Indonesia, Thailand, dan juga Hong Kong.
Pengambil-alihan ini dijangka selesai pada awal tahun 2016 kelak, selepas melalui proses pengesahan oleh para pemegang saham iProperty.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "REA Group Merancang Untuk Mengambil-Alih iProperty Pada Nilai Mencapai RM1.78 Bilion"