Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi MakanJom Kini Hadir Untuk iOS – Mencari Tempat Makan Yang Sedap Kini Lebih Mudah

MakanJom telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk pengguna Android tidak lama sebelum ini, dan terkini mereka turut telah menerbitkan aplikasi mereka untuk pengguna peranti mudah-alih Apple, iaitu untuk iPhone dan iPad.

Menggunakan aplikasi MakanJom, pengguna boleh menemui tempat makan yang sedap dan menerima maklumbalas positif yang tinggi daripada pengguna seluruh Malaysia. Setiap tempat makan disusun mengikut jarak daripada lokasi semasa pengguna, selain setiap halaman untuk tempat makan berkenaan turut hadir dengan ulasannya tersendiri daripada pengunjung yang lain.

Pengguna turut boleh mengaktifkan sokongan navigasi terus melalui aplikasi berkenaan, dan terus ke tempat makan yang diinginkan dengan mudah.

Bagi pengguna peranti iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini.

MakanJom



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Aplikasi MakanJom Kini Hadir Untuk iOS – Mencari Tempat Makan Yang Sedap Kini Lebih Mudah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info