Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pencetak Rompak Ini Memerlukan Tontonan Youtube Anda Bagi Mengelak Membayar Denda

Mencetak rompak ialah aktiviti yang dianggap sangat biasa di Malaysia. Kami akui sendiri sebelum memasuki alam pekerjaan kami sendiri terjebak di dalam dunia gelap ini kerana kesempitan wang. Lagu dimuat turun menggunakan Limewire. Filem dimuat turun menggunakan MIRC dan perisian permainan komputer Ah Fatt di Selayang Mall. Sejak wujudnya perkhidmatan penstriman muzik komputer kami tidak lagi mempunyai MP3 haram. Filem pula kami tonton menerusi VOD dan perisian permainan video kami beli dari Tuan GabeN. Kami sedari di Malaysia iklan menentang cetak rompak sudah semakin jarang dilihat. Operasi merampas VCD/DVD cetak rompak juga tidak lagi dilaporkan oleh media. Adakah ini bermakna cetak rompak sudah hampir pupus di Malaysia?

Di Republik Czech masalah cetak rompak masih lagi serius. Pihak Business Software Alliance di sana berjaya mendakwa Jakub F, yang berkongsi perisian cetak rompak menerusi laman warez. Selepas didapati bersalah beliau dikenakan denda bernilai $375 000. Beliau tidak mampu membayar denda ini dan diberikan pilihan membayar yang unik dengan menghasilkan video khidmat masyarakat yang menentang cetak rompak. Video yang dihasilkan dan dibintangi beliau ini perlu mendapat sekurang-kurangnya 200 000 tontonan sebagai ganti bayaran denda. Ketika artikel ditulis video Jakub F sudah menerima 298 000 tontonan setakat ini. Menarik sekali ruangan komen video ini dipenuhi komen menyokong cetak rompak dan tidak berjaya menyedarkan penonton tentang kesalahan melakukannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pencetak Rompak Ini Memerlukan Tontonan Youtube Anda Bagi Mengelak Membayar Denda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info