Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus X Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM1288

OnePlus X merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada OnePlus yang telah diumumkan baru-baru ini. Kini, ia dilihat akan ditawarkan di Malaysia bermula 4 Disember 2015 ini, dan pihak Brightstar telah pun memulakan pra-tempahan untuknya.

OnePlus X hadir dengan rekaan kaca pada bahagian hadapan dan belakang, serta bingkai berasaskan logam. Ia turut dilengkapi sokongan dwi-SIM – dimana SIM kedua berfungsi sebagai hibrid antara SIM atau mikro-SD.

OnePlus X

Dari segi spesifikasi, ia dijana dengan skrin bersaiz 5-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB melalui penggunaan kad memori.

Untuk sistem operasi, ia dijana dengan OxygenOS yang dibangunkan sendiri oleh pihak OnePlus berasaskan kepada Android 5.1 Lollipop.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini pada harga RM1288, dan menerimanya pada 4 Disember 2015 kelak.

OnePlus X

Layari : Pra-Tempah OnePlus X di Lazada[/download]

Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus X Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM1288"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info