Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Music For Cats – Muzik Khas Untuk Menenangkan Kucing Peliharaan

Kesan jangka panjang muzik ke atas minda manusia memang tidak boleh disangkal. Sudah terdapat banyak kajian saintis menunjukkan muzik mampu mengubah pola pemikiran manusia, mengurangkan tekanan harian serta membantu menumpukan konsentrasi ketika mengulangkaji pelajaran. Sejak kebelakangan ini terdapat banyak produk yang menggunakan muzik tertentu bagi membantu tumbesar otak bayi. Produk-produk ini menggunakan Kesan Mozart yang menunjukkan peningkatan kemampuan bayi bercakap dan mempercepatkan proses pemikiran mereka apabila mendengar klasik seperti yang digubah oleh Mozart. Kami yakin anda pernah melihat gambar ibu mengandung meletakkan fon kepada pada bahagian perut bagi membolehkan bayi mendengar alunan muzik klasik.

Music For Cats 1

Kini Kesan Mozart digunakan untuk merangsang haiwan peliharaan. Music For Cats ialah projek yang dibangunkan oleh David Taie untuk menghasilkan muzik untuk kucing. Projek ini dimulakan pada tahun 2008 untuk melihat sama ada muzik boleh digunakan bagi merawat kucing yang tercedera dan trauma akibat  penderaan. Muzik yang dicipta beliau terbukti oleh sains mampu menenangkan 77 dari 100 kucing yang diuji. Music For Cats menggunakan bunyi kicauan burung, nafas kucing dan bunyi ketika menyusu sebagai asas muzik yang dihasilkan.

Album lengkap Music For Cat dengan muzik sepanjang 40 minit boleh dimiliki pada harga $15. Projek jangka panjang David Taie ialah untuk menghasilkan muzik  yang mampu menenangkan anjing dan haiwan di zoo  seperti ikan paus. Beliau mahu menggunakan bakat beliau untuk mengurangkan kesengsaraan haiwan yang hidup terkurung di dalam sangkar. Ini sememangnya sebuah projek yang unik bagi pemilik kucing yang mahukan haiwan peliharaan mereka hidup dengan gembira.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Music For Cats – Muzik Khas Untuk Menenangkan Kucing Peliharaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info