Groupon telah mula memperkenalkan rekaan antaramuka web yang baru di beberapa buah negara sebelum ini, dan hari ini, mereka turut memperkenalkan rekaan baru untuk Groupon Malaysia. Melalui rekaan baru ini, berbanding hanya “Daily Deals” sebelum ini, kini ia lebih berbentuk kepada Marketplace.
Pihak Groupon mengatakan ini merupakan sebahagian daripada transasi syarikat berkenaan daripada perkhidmatan kupon diskaun harian kepada sebuah pasar atas-talian.
Disamping kemaskini kepada web, Groupon Malaysia juga mengemaskini aplikasi iPhone dan Android untuk pengguna tempatan. Melalui aplikasi mudah-alih, kini tab baru dinamakan “Nearby” diperkenalkan untuk memudahkan penemuan diskaun di sekitar mereka.
Pihak Groupon turut mengatakan mereka akan memperkenalkan beberapa perkara baru yang lain pada perkhidmatan mereka dalam bulan-bulan akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Groupon Malaysia Mengemaskini Rekaan Antaramuka Web – Fokus Ke Arah Menjadi Marketplace"