Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mohawk – Kamera Aksi Yang Direka Khas Untuk Digunakan Pada Topi Keledar

Kamera aksi seperti GoPro membolehkan peminat sukan lasak merakam aksi berani mereka dengan mudah. Terdapat beberapa cagak dicipta bagi membolehkan ia dipasang pada topi keledar. Namun terdapat beberapa kontroversi melibatkan penggunaan cagak pada topi keledar. Sebagai contoh cagak GoPro dikatakan adalah penyebab mengapa Michael Schumacher mengalami kecederaan otak yang teruk selepas terlibat di dalam kemalangan ketika meluncur ski dua tahun yang lalu. Cagak kamera aksi ini dipercayai menekan topi keledar kepala Schumacher sebelum mengakibatkan kecederaan pada otak beliau. Rekaan kamera GoPro yang bersegi pula dilihat tidak aerodinamik untuk digunakan ketika menunggang kenderaan dua roda.

Fusar-Mohawk-1

Fusar Mohawk ialah kamera aksi merangkap sistem kecemasan yang direka khas untuk digunakan pada topi keledar. Bentuknya yang kecil memastikan ia tidak tidak menghasilkan rintangan angin yang tinggi ketika menunggang motosikal.Kamera Mohawk mempunyai sensor sebesar 13 Megapixel dan boleh merakan video pada resolusi HD Penuh 60 FPS. Bateri 2400 mAh yang digunakan memberikan hayat penggunaan sehingga empat jam. Ia sesuai digunakan pada topi keledar motosikal, basikal dan juga papan lungsur. Selain berfungsi sebagai kamera aksi, Mohawk juga mempunyai sistem panggilan kecemasan terbina. Apabila kemalangan berlaku, Mohawk akan melakukan panggilan telefon serta menghantar SMS kepada nombor kecemasan. Lokasi GPS terakhir penunggang akan turut dihantar sekali. Kamera Mohawk boleh dikawal menggunakan peranti pintar ataupun butang khas yang diikat pada pemegang basikal/motosikal.Sistem rakaman aktif membolehkan pengguna merakam apa yang dilihat 15 saat sebelum butang rakaman ditekan. Ini adalah fungsi yang baik sekiranya anda tidak mahu terlepas merakam aksi menarik yang dilihat. Set lengkap Mohawk dijual pada harga $349 (~RM 1484).

Fusar-Mohawk-2

 

 

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mohawk – Kamera Aksi Yang Direka Khas Untuk Digunakan Pada Topi Keledar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info