Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memperkenalkan Nokia 230 – Kamera Hadapan Dan Belakang Dengan Lampu LED

Microsoft hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon bimbit untuk pasaran negara membangun – iaitu Nokia 230 yang hadir dalam pilihan satu SIM atau dwi-SIM. Seperti biasa, telefon bimbit ini menawarkan masa bertahan yang lama – iaitu sehingga 27 hari lamanya.

Nokia 230 ini memfokuskan kepada kualiti binaan yang premium, serta hadir dengan kamera hadapan dan belakang 2-megapixel. Kedua-dua kamera menyertakan sokongan lampu LED untuk menawarkan rakaman gambar yang terang sepanjang hari.

Nokia 230

Peranti ini hadir menggunakan sistem operasi berasaskan Series-40, dan membolehkan pengguna mengakses internet, serta menikmati aplikasi seperti Twitter, Facebook dan GroupMe by Skype. Ketiadaan WhatsApp untuknya mungkin mengecewakan anda yang ingin mendapatkannya.

Disamping itu, Nokia 230 turut hadir dengan skrin berwarna 2.8-inci, sokongan radio FM, dan sokongan kad memori sehingga 32GB untuk menyimpan lagu. Beberapa permainan turut disediakan untuknya daripada Gameloft, termasuk seperti Assassin’s Creed Brotherhood.

Nokia 230 ini menggunakan binaan berasaskan aluminium pada bahagian belakang, dan menawarkan masa berbual selama 23 jam, dan masa bertahan sehingga 27 hari lamanya.

Microsoft menyasarkan untuk menjualnya di beberapa pasaran bermula bulan Disember kelak pada harga $55 (~RM231).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memperkenalkan Nokia 230 – Kamera Hadapan Dan Belakang Dengan Lampu LED"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info