Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mesin Layan Diri Gergasi Menjual Kereta Kini Menjadi Realiti

Mesin layan diri sudah wujud sejak zaman Rom lagi dan pada zaman dahulu digunakan untuk menjual air suci di kuil dewa-dewa. Selepas beribu-ribu tahun fungsi dan benda yang boleh dijual menggunakan mesin layan diri semakin berkembang. Di Jepun anda boleh membeli mee sup panas, komik Manga dan seluar dalam terpakai menggunakan mesin layan diri. Malahan di negara matahari terbit ini wujud juga mesin layan diri yang mampu mengambil selfie.

Carvana-Mesin-Layan-Diri-1

Di Nashville Amerika Syarikat kini wujud mesin layan diri terbesar di dunia dan ia “menjual” kenderaan terpakai. Carvana ialah sebuah laman jual beli kenderaan terpakai di Amerika Syarikat. Mereka menyedari ramai pengguna yang lebih gemar memandu pulang kenderaan yang dibeli dari mereka dari ianya dihantar ke rumah selepas pembelian atas talian. Menyedari hakikat ini mereka membina mesin layan diri “menjual” kenderaan setinggi lima tingkat. Pembeli hanya perlu datang ke mesin khas ini dan memasukkan token gergasi yang mereka perolehi selepas bayaran dilakukan. Seperti mesin layan diri sebenar kenderaan kemudian akan dibawa keluar dan boleh terus dipandu pulang.

Carvana berharap kewujudan mesin layan diri gergasi ini lebih ramai pelanggan akan memandu pulang sendiri kereta selepas pembelian. Ini bukan sahaja lebih murah kepada pelanggan (tidak perlu membayar kos menghantar kereta terus ke rumah) malahan mengurangkan kos kepada Carvana untuk menggaji pemandu. Di akhir hari Carvana dan juga pelanggan dapat menjimatkan kos masing-masing.

Carvana-Mesin-Layan-Diri-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mesin Layan Diri Gergasi Menjual Kereta Kini Menjadi Realiti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info