Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Yoga 900 dan Ideapad MIIX 700 Akan Memasuki Pasaran Malaysia Januari Ini – Rekaan Umpama Surface

Lenovo Yoga 900 menurut Lenovo adalah komputer riba Windows ternipis di pasaran dengan ketebalan maksimum 14.9 mm. Komputer riba 4 dalam 1 ini mempunyai skrin sesentuh sebesar 13.3″ QHD, diperkasakan pemproses Intel Core i7 6500U,  RAM sehingga 16 Gigabyte dan muatan dalaman SSD sehingga 512 Gigabyte. Walaupun mempunyai rekaan yang nipis, ia masih mempunyai dua port USB 3.0. 1 port USB-C dan satu port USB 2.0 (merangkap port pengecasan), jack fon kepala 3.5mm dan pembaca kad 4 dalam 1. Seperti Yoga 3 Pro sebelum ini, Yoga 900 dilengkapi engsel skrin yang kelihatan seperti rantai jam. Sistem audio stereo JBL dengan sokongan Dolby DS 1.0 Home Theater disertakan sekali. Menakjubkan sekali kesemua komponen yang disenaraikan ini mampu dimasukkan ke dalam sebuah komputer kompak yang hanya sebesar 1.29 Kilogram.

Lenovo Yoga 90020151124_162540

Lenovo Yoga 90020151124_161349 Lenovo Yoga 90020151124_162641 Lenovo Yoga 90020151124_162631 Lenovo Yoga 90020151124_162616

 

Lenovo Ideapad Miix 700 pula adalah komputer tablet yang mempunyai rekaan seumpama Surface Pro. Papan kekunci magnetiknya boleh ditanggalkan seperti sebuah Type Cover dan terdapat tetongkat terbina pada panel belakang. Berbeza dengan tetongkat Surface Pro 4 yang dilancarkan di Malaysia minggu lalu, engsel tetongkat Miix 700 adalah mirip engsel rantai jam yang digunakan pada Yoga 900. Komputer tablet WIndows 10 Pro ini mempunyai skrin 12″ FHD+, diperkasakan pemproses Intel Core m7, RAM sehingga 8 Gigabyte dan muatan dalaman SSD sehingga 256 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera belakang 5 Megapixel dan kamera 5 Megapixel Intel Real Sense pada bahagian hadapan yang menyokong Windows Hello. Seperti Surface Pro, Miix 700 turut disertakan dengan sebuah stylus. Apa yang kami rasakan aneh ialah tempat simpanan plastik yang digunakan oleh Lenovo. Pemegang ini disambungkan ke dalam salah sebuah port USB-A komputer tablet. Bercakap tentang USB, terdapat dua port USB-A disertakan satu pada kelajuan USB 3.0 dan satu lagi USB 2.0 yang turut merangkap sebagai port pengecasan tablet. Terdapat pembaca kad MikroSD di belakang tetongkat dan slot untuk kad SIM bersebelahnnya. Sebuah port mikro HDMI disertakan untuk sambungan ke paparan sekunder.

Lenovo ideapad Miix 70020151124_161851

Lenovo ideapad Miix 70020151124_162058 Lenovo ideapad Miix 70020151124_162144 Lenovo ideapad Miix 70020151124_162842 Lenovo ideapad Miix 70020151124_162900

 

Kedua-dua komputer tablet ini akan hanya memasuki pasaran Malaysia pada Januari tahun hadapan. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi diharapkan kompetitif dengan harga jualan Surface Pro 4. Dari segi rekaan Surface Pro 4 nyata lebih cantik berbanding Ideapad Miix700. Namun kami rasakan kelebihan komputer tablet Lenovo ialah jumlah port USB yang lebih banyak serta sokongan kad SIM. Kami berharap dapat melakukan ulasan komputer tablet ini sebelum melakukan perbandingannya dengan sebuah Surface Pro 4. Nantikan kemunculannya di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Yoga 900 dan Ideapad MIIX 700 Akan Memasuki Pasaran Malaysia Januari Ini – Rekaan Umpama Surface"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info