Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iFlix Mengumumkan Sokongan Muat-Turun Kandungan Di Android Dan iOS Secara Rasmi

Bagi anda yang menggunakan iFlix, anda mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan fungsi muat-turun dan menonton kandungan secara luar-talian yang telah diperkenalkan di Android dan iOS beberapa minggu lepas. Hari ini, iFlix secara rasminya memperkenalkan fungsi berkenaan.

iFlix Download

Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna untuk memuat-turun kandungan iFlix di Android atau iOS, dan seterusnya menonton rancangan kegemaran mereka tanpa risau akan penggunaan data. Ketika ingin memuat-turun, pengguna akan diberi pilihan untuk memuat-turun mengikut kualiti – sama ada bersaiz besar, sederhana atau rendah – dan setiap pilihan mempengaruhi resolusi video berkenaan.

iFlix membolehkan pengguna memuat-turun sehingga 10 kandungan pada sesuatu masa, dan setiap kandungan yang dimuat-turun akan disimpan selama 7 hari sebelum ia dipadamkan. Pengguna juga akan diterhadkan kepada hanya tempoh 48 jam selepas ia dimainkan untuk disimpan pada peranti sebelum dipadamkan.

iFlix mengatakan pelbagai kekangan ini ditetapkan oleh studio pengambaran dan mereka perlu mengikutnya.

Untuk desktop, iFlix mengatakan mereka sedang melihat kepadanya, dan mungkin mengumumkan sesuatu berkaitan dengannya pada awal tahun hadapan.

iFlix turut mengumumkan akan memperkenalkan rakan kerjasama telekomunikasi baru tidak lama lagi. Nama syarikat telekomunikasi berkenaan tidak diumumkan. Buat masa ini, Digi telah menjadi rakan kerjasama iFlix, dan Celcom pula mempunyai perkhidmatan mereka sendiri Escape. Maka mungkin kita melihat rakan kerjasama telekomunikasi mereka yang baru antara Maxis atau UMobile.

iFlix Offline

Muat-Turun iFlix untuk iOS


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iFlix Mengumumkan Sokongan Muat-Turun Kandungan Di Android Dan iOS Secara Rasmi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info