Google sehingga ke hari ini sering bekerjasama dengan pengeluar peranti lain dalam hadir dengan keluarga peranti Nexus. Kini, laporan baru hadir mengatakan Google sedang dalam proses perbincangan dalaman sama ada ingin mengeluarkan telefon pintar mereka tersendiri ataupun sebaliknya.
Laporan baru ini hadir selepas beberapa minggu kita mendengar Google ingin merekabentuk cip pemprosesan mereka tersendiri untuk peranti Android.
Ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan dan didebatkan di dalam syarikat sama ada ingin meneruskannya ataupun sebaliknya.
Google sendiri bukanlah asing dalam pengeluaran peranti mereka tersendiri. Sebelum ini mereka telah hadir dengan Google Glass, selain turut memperkenalkan tablet Android yang dibangunkan oleh mereka tersendiri, dinamakan Pixel C. Pengeluaran peranti tersendiri oleh Google ini mungkin berfungsi lebih kepada peranti yang boleh menjadikan rujukan kepada pengeluar lain – disamping pada masa yang sama memberikan mereka lebih kawalan terhadap perisian dan juga perkakasan yang digunakan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah lanjutan daripada perkara ini, sama ada Google akan mengeluarkan telefon pintar mereka tersendiri, atau meneruskan pengeluaran Nexus seperti biasa.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Ingin Membangunkan Telefon Pintar Android Tersendiri"