Di pasaran sekarang terdapat banyak kamera aksi tahan lasak. GoPro, Polaroid Cube+ dan Xiaomi Yi Camera adalah tiga contoh kamera aksi yang boleh anda miliki.Ketiga-tiganya mempunyai rekaan yang hampir serupa. Ini menyebabkan Polaroid menyaman GoPro kerana kamera aksi Hero 4 Session mereka dikatakan meniru rekaan Polaroid Cube+. Ketiga-tiga kamera aksi ini turut mempunyai satu lagi persamaan iaitu memerlukan cagak khas untuk digunakan. Tanpa cagak khas ia tidak boleh diikat pada tubuh ataupun topi keledar dengan mudah.
Flex Cam PIC ialah kamera aksi mini baru yang tidak memerlukan cagak khas. Ia mempunyai tubuh panjang mudah lentur yang membolehkannya diikat ketika digunakan. Ia boleh diikat pada lengan, kaki, basikal dan juga haiwan peliharaan sekiranya diperlukan. Tubuh lentur ini juga boleh dibentuk menjadi tripodnya sendiri untuk rakaman di atas permukaan rata. Flex Cam PIC dilengkapi kamera 8 Megapixel yang mengambil video pada resolusi 720P. Memori dalaman adalah 16 Gigabyte, bateri sebesar 300 mAh untuk rakaman selama sejam dan ketahanan air IPX7. Ia boleh ditambat kepada peranti pintar menggunakan aplikasi khas. Terdapat aksesori cangkerang tambahan yang mengubah bentuk PIC untuk menyerupai watak makhluk aneh seumpama Minions. Harga jualan pula ialah $89 sebuah dan ianya bukan sahaja kamera aksi yang paling mudah lentur tetapi juga paling comel untuk digunakan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Flex Cam PIC – Kamera Aksi Mini Dengan Tubuh Lentur Boleh Diikat"