Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blackphone 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Esok – Berharga RM3599

Blackphone merupakan salah satu telefon pintar yang dipasarkan dengan fokus terhadap sekuriti, dimana ia hadir dengan sistem operasi berasaskan Android khusus dinamakan sebagai Silent OS. Terkini, pihak DialogHub dilihat akan menawarkan telefon pintar berkenaan di Malaysia, dan melancarkannya secara rasminya esok.

Blackphone 2 Malaysia

Blackphone turut hadir dengan sokongan penyulitan data untuk membolehkan data-data pengguna kekal selamat. Dari segi pemasaran, ia dilihat lebih memfokuskan kepada pengguna perusahaan berbanding pengguna umum. Pembelian Blackphone 2 ini juga turut hadir dengan langganan Silent Suite untuk setahun, selain minit panggilan percuma Silent World Minutes ke lebih 120 destinasi seluruh dunia.

Blackphone 2 ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia esok, 18 November, dan dipasarkan pada harga RM3599 (termasuk GST).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Blackphone 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Esok – Berharga RM3599"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info