Sembang Maniac

Sembang-sembang je

30 Juta Sony PlayStation 4 Sudah Terjual Setakat Ini

Perang konsol generasi terkini baru berusia dua tahun dan pemenangnya mungkin sudah diketahui. Sony mengumumkan mereka sudah menjual melebihi 30.2 Juta konsol PlayStation 4 mereka setakat ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 10 Juta unit selepas 20 Juta unit berjaya dijual sehingga Mac tahun ini. Sementara itu pesaing terhampir mereka Xbox One kali terakhir mengumumkan 10 Juta unit sudah terjual sehingga penghujung 2014. Dengan jumlah jualan 30.2 Juta, PS4 kini ditangga ke-15 konsol paling laku di dalam sejarah.

PlayStation 4

Tangga pertama masih dipegang oleh PlayStation 2 yang berjaya terjual sebanyak 155 Juta unit sejak diperkenalkan pada tahun 2000. Ini diikuti pula oleh Nintendo DS (154 Juta ) , Game Boy (118 Juta) dan PlayStation (108 Juta). Konsol generasi lalu PlayStation 3 pula sudah terjual sebanyak 83.8 Juta sejak mula dijual pada tahun 2006. Jualan sebanyak 30 Juta unit dalam masa hanya dua tahun ini meletakkan PlayStation 4 sebagai konsol keluarga PlayStation yang terpantas mencecah angka ini. Kami di Amanz adalah pengguna tegar PlayStation 4 kerana umum diketahui Xbox One tidak pernah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Sony PlayStation atas kejayaan ini. Apa yang kami mahukan sekarang ialah pilihan permainan percuma yang lebih baik untuk pelanggan PlayStation Plus di masa hadapan sebagai tanda menghargai sokongan kami!

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "30 Juta Sony PlayStation 4 Sudah Terjual Setakat Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info