Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Axon Mini Diumumkan Dengan Fungsi Force Touch

ZTE pada pengenalan AXON Elite di Malaysia tempoh hari, turut telah mengatakan akan menawarkan ZTE AXON Mini di Malaysia dalam sebulan dua. Namun, tiada maklumat lanjut dikongsikan berkaitan dengannya ketika itu. Hari ini, secara rasminya, pihak ZTE berkongsi maklumat lanjut mengenai teleefon pintar mereka yang bersaiz sedikit kecil berkenaan.

ZTE AXON Mini

ZTE mengatakan telefon pintar AXON Mini ini hadir dengan skrin yang boleh mengesan tekanan – dimana ia boleh mengesan beza kekuatan yang digunakan oleh pengguna untuk menekan skrin. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati beberapa fungsi tambahan – terutamanya dalam kawalan kata laluan, ataupun untuk menikmati permainan interaktif.

ZTE AXON Mini juga turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, selain tuurt membolehkan pengguna log masuk peranti menggunakan pengimbas mata.

ZTE Axon Mini

Dari segi spesifikasi, ZTE AXON Mini hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 616, memori 3GB RAM, bateri berkapasiti 2800mAh, dan ruangan storan bersaiz 32GB.

ZTE AXON Mini menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan PDAF (phase detection autofocus, dan kamera hadpan 8-megapixel.

ZTE AXON Mini ini membawakan harga sekitar $439 (~RM1814). Memandangkan ZTE AXON Elite ditawarkan pada harga RM1999 di Malaysia, mungkin harga akhir untuk ZTE AXON Mini di Malaysia adalah sedikit murah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "ZTE Axon Mini Diumumkan Dengan Fungsi Force Touch"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info