Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Memperkenalkan Bateri Bersaiz AA, Dinamakan Mi Rainbow

Xiaomi sebelum ini telah membuat pelaburan pada beberapa syarikat dan turut memperkenalkan beberapa variasi produk berbeza, berbanding hanya memfokuskan kepada telefon pintar sahaja. Hari ini, mereka menambah satu lagi produk baru dibawah penawaran mereka dinamakan sebagai Mi Rainbow.

Mi Rainbow ini merupakan bateri bersaiz AA yang dibangunkan oleh salah satu syarikat ekosistem Xiaomi, iaitu Zmi, yang mana turut mengeluarkan Mi Power Bank.

Xiaomi Mi Rainbow

Xiaomi Mi Rainbow

Mi Rainbow bersaiz AA ini hadir dalam pelbagai warna berbeza – dan ini dilihat akan memudahkan pengguna mengenal-pasti bateri terpakai dan juga sebaliknya.

Xiaomi turut dilihat menekankan kepada kadar nyahcas yang lebih baik berbanding bateri tradisional – dan dikatakan mampu bertahan sehingga 7 tahun daripada tarikh pengeluaran, tanpa kehilangan tenaga yang drastik seperti pengeluar lain.

Xiaomi memasarkan bateri ini dalam pakejnya tersendiri yang hadir dengan 10 bateri bersaiz AA berwarna-warni dan berharga 9.9 Yuan (~RM6.7).

Xiaomi Mi Rainbow

Xiaomi Mi Rainbow



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Memperkenalkan Bateri Bersaiz AA, Dinamakan Mi Rainbow"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info