Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlackBerry Menerbitkan Video, Memperlihatkan Ciri-Ciri Yang Hadir Pada BlackBerry Priv

BlackBerry Priv merupakan salah satu peranti yang mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia, apatah lagi ia dijana menggunakan sistem operasi Android, dan pada masa yang sama membawakan papan kekunci yang boleh diluncurkan.

BlackBerry Priv telah tertiris beberapa kali sebelum ini, malah turut telah melepasi pengesahan Sirim di Malaysia. Pihak BlackBerry sebelum ini masih merahsiakan beberapa perkara, dan ini boleh dikatakan video rasmi pertama mereka yang memperlihatkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang akan disertakan.

BlackBerry Priv

Seperti semua sedia maklum, ia dilengkapi antaramuka asas Android, dan apabila pengguna menekan butang Home untuk seketika, sebuah pilihan hadir, membolehkan pengguna mengakses Google Now atau BlackBerry Hub. Pada BlackBerry Hub, pengguna boleh menguruskan pelbagai emel, akaun sosial, WhatsApp dan sebagainya pada satu lokasi dengan mudah.

Disamping BlackBerry Hub, pihak BlackBerry juga turut menyertakan sokongan widget-popup apabila pengguna swipe atas ikon sesetengah aplikasi terbina.

BlackBerry Priv juga turut menyertakan skrin bersaiz 5.4-inci Quad HD, serta papan kekunci maya yang ditambah-baik untuk memudahkan menaip. Ia turut menyertakan kamera belakang 18-megapixel OIS yang menyokong rakaman 4K, dan bateri berkapasiti 3410mAh yang mampu bertahan sekitar 22 jam penggunaan.

BlackBerry turut menekankan kepada sekuriti dan privasi, dan ia menyertakan DTEK Monitor untuk tujuan tersebut.

Dengan pelbagai info yang telah diumumkan dan dikongsikan BlackBerry, salah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah bilakah ia akan dijual dan harga jualan tempatannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Menerbitkan Video, Memperlihatkan Ciri-Ciri Yang Hadir Pada BlackBerry Priv"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info