Sembang Maniac

Sembang-sembang je

#StainGate – Apple Akan Menggantikan Pelindung Skrin Tercalar Macbook Pro Retina Dengan Percuma

Mac yang lalu kami ada melaporkan masalah pelindung skrin MacBook Pro retina yang tercalar dengan mudah. Pengguna MacBook Pro Retina seluruh dunia melancarkan kempen #StainGate memaksa Apple menggantikan pelindung yang tercalar secara percuma kerana ia sepatutnya tertakluk di dalam perlindungan AppleCare. Tujuh bulan sudah berlalu dan Apple akur dengan permintaan mereka. Mereka akan menggantikan pelindung skrin yang tercalar secara percuma. Untuk melayakkan komputer riba anda di bawah program gantian percuma ini ialah MacBook Pro anda harus berusia kurang dari 3 tahun bermula dari 16 Oktober 2015. Mulai sekarang kesemua pelindung skrin yang tercalar dalam masa 3 tahun dari tarikh pembelian juga layak menerima penggantian percuma. Kepada pengguna yang telah membayar untuk menggantikan pelindung skrin, Apple akan memulangkan semula wang yang telah dibayar.

staingate-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "#StainGate – Apple Akan Menggantikan Pelindung Skrin Tercalar Macbook Pro Retina Dengan Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info