Sembang Maniac

Sembang-sembang je

"SAYA BERSYUKUR TERSENARAI ANTARA 500 MUSLIM BERPENGARUH" - SITI NURHALIZA



Baru-baru ini, Datuk Siti Nurhaliza telah menjadi artis wanita pertama dipilih antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia untuk tahun 2016.

Menurut Siti, beliau berasa bersyukur dan hanya mengetahui perkara itu apabila berita itu dimuat naik dalam laman Instagram oleh peminatnya.

Selain Siti, Hafiz Hamidun turut disenaraikan dalam buku 'The World's 500 Most Influential Muslim edisi 2016', yang menyenaraikan 500 orang paling berpengaruh dalam dunia Islam.

Mereka yang disenaraikan dikelaskan dalam pelbagai sektor, termasuk ilmiah, politik, pentadbiran hal ehwal agama, pendakwah dan panduan rohani, kebajikan dan pembangunan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, qari dan qariah, media, selebriti serta bintang sukan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk ""SAYA BERSYUKUR TERSENARAI ANTARA 500 MUSLIM BERPENGARUH" - SITI NURHALIZA"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info