Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy View Diperkenalkan – Tablet Bersaiz 18.4-inci Dengan Fokus Terhadap Video

Samsung hari ini secara rasminya telah pun melancarkan Galaxy View, dimana menjadikan ia sebagai tablet bersaiz besar daripada Samsung, memfokuskan kepada kebolehan menikmati media dan kandungan video pada skrin bersaiz besar – dimana-mana dengan mudah.

Samsung Galaxy View

Samsung mengatakan tablet berskrin 18.4-inci ini membawakan paparan HD penuh, dan dioptimasikan untuk menikmati media. Samsung Galaxy View ini telah direkabentuk dengan fokus terhadap menonton video – malah skrin utamanya turt memaparkan pelbagai kandungan video daripada beberapa saluran di satu tempat, memudahkan pengguna untuk menikmatinya dengan mudah.

Samsung Galaxy View

Dari segi masa bertahan bateri, Galaxy View mampu bertahan penggunaan memainkan video selama 8 jam. Galaxy View ini hadir dalam beberapa mod penggunaan, termasuk ketika ia didirikan ataupun boleh dicondongkan sedikit.

Dari segi spesifikasi, Galaxy View menyertakan cip pemprosesan lapan-teras 1.6Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan bermula 32GB, speaker stereo (4Wx2), dan hadir dengan sokongan rangkaian LTE.

Tiada harga atau tarikh jualan diumumkan buat masa ini oleh Samsung.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy View Diperkenalkan – Tablet Bersaiz 18.4-inci Dengan Fokus Terhadap Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info