Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malaysia Mempunyai 20.1 Juta Pengguna Internet, 16.8 Juta Aktif Di Media Sosial

Dari hari ke hari, angka pengguna Internet tempatan terus bertambah secara positif. Terkini, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mengatakan kadar penembusan internet di Malaysia telah pun mencapai 72.2%.

Dari segi angka pengguna pula, kini Malaysia mempunyai lebih kurang 20.1 juta orang pengguna aktif internet, dan 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial.

Perkembangan sihat ini memperlihatkan lebih ramai kini beralih kepada gaya hidup digital – apatah lagi dengan pelbagai perkhidmatan dan aplikasi yang memudahkan tugasan harian.

Bercakap mengenai laman-laman yang telah dihalang akses di Malaysia, beliau mengatakan sejumlah 1263 laman web telah dihalang akses di Malaysia disebabkan beberapa kesalahan dan bertentangan dengan undang-undang Malaysia.

Kerajaan menyasarkan untuk mencapai kadar penembusan internet sebanyak 95% menjelang tahun 2020 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Malaysia Mempunyai 20.1 Juta Pengguna Internet, 16.8 Juta Aktif Di Media Sosial"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info