Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Membangunkan Robot Untuk Mengurangkan Kebergantungan Pekerja Manusia

Dunia robotik merupakan sesuatu yang dijangka, apatah lagi dengan pelbagai syarikat yang telah mula membangunkan robot masing-masing, mahupun membuat pelaburan dalam arena tersebut. Kini, ia dilaporkan Samsung menerima pelaburan daripada kerajaan Korea Selatan dalam membangunkan robot untuk tujuan pengeluaran.

Daripada apa yang disasarkan, robot yang akan dibangunkan oleh Samsung ini akan digunakan untuk menggantikan pekerja China di beberapa kilang, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja manusia untuk melakukan tugasan.

Langkah ini diambil oleh kerajaan Korea Selatan memandangkan kos pekerja China yang semakin meningkat, dan pada masa yang sama melihat kepada perniagaan dan arena robotik yang semakin berkembang pesat.

Jika Samsung berjaya melakukannya dan hadir dengan pekerja robotik, maka kita mungkin akan dapat melihat mereka menjuarai arena pengeluaran dan menghasilkan pelbagai perkara pada kos yang lebih efektif berbanding kebiasaan.

Kerajaan Korea Selatan menyasarkan penghujung tahun 2018 untuk melihat hasilnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Akan Membangunkan Robot Untuk Mengurangkan Kebergantungan Pekerja Manusia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info