Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rebat Prabayar GST Akan Dikreditkan Ke Akaun Pengguna Dalam Bentuk Masa Berbual?

Kerajaan ketika Belanjawan 2016 yang lepas, telah mengumumkan mereka akan memberikan rebat kepada pengguna prabayar, dimana mereka akan menerima rebat atas tambah-nilai yang dilakukan dan dikreditkan terus ke akaun pengguna tersebut. Berkongsi lanjut mengenainya, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan ia akan dikreditkan semula ke akaun pengguna dalam bentuk masa-berbual.

GST Topup

Selepas Januari, pengguna akan kekal perlu membeli tambah-nilai dengan tambahan GST. Sebagai contoh, tambah-nilai bernilai RM10 pada harga RM10.60, tetapi lebihan RM0.60 akan dikredit semula ke akaun pengguna dalam bentuk masa berbual (airtime).

Perkara ini mungkin tidak begitu digemari segelintir pengguna, memandangkan mungkin ada yang lebih mengemari menggunakan rebat tambahan untuk tujuan lain, seperti SMS ataupun mengumpul dan membeli data internet.

Tidak lama sebelum ini, perkara sama telah diumumkan untuk tiga bulan pertama sejak April 2015, dimana pengguna diberikan dengan tambahan minit panggilan dan SMS percuma sebagai ganti untuk caj GST.

Memandangkan sistem seumpamanya telah tersedia, maka ia mungkin tidak menyukarkan syarikat telekomunikasi dalam mengimplementasikannya kelak.

Bagi anda, adakah anda lebih gemari rebat kembali dalam bentuk masa-berbual ataupun dalam bentuk kredit yang boleh digunakan untuk apa-apa tujuan? Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai bagaimana ia akan diimplementasikan dalam minggu-minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rebat Prabayar GST Akan Dikreditkan Ke Akaun Pengguna Dalam Bentuk Masa Berbual?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info