Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 5X Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari, Dan Binaan Premium

Honor 4X pada tahun lepas telah menerima pelbagai maklumbalas positif daripada pengguna seluruh dunia – apatah lagi pada harga tawarannya yang rendah dan berbaloi untuk wang yang dibelanjakan. Kini, hari ini, Honor turut telah memperkenalkan telefon pintar generasi baru untuknya, dinamakan sebagai Honor 5X.

Honor 5X

Honor 5X hadir dengan rekaan berasaskan logam, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih premium kepada pengguna. Ia menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip Snapdragon 616, serta hadir dengan pilihan memori 2GB RAM atau 3GB RAM.

Honor 5X

Jikalau Honor 7 boleh dikategorikan sama taraf dengan keluarga Huawei P8, maka secara kasar, Honor 5X ini boleh dikategorikan sama taraf dengan Huawei G8 yang telah dilancarkan oleh Huawei Malaysia.

Honor 5X juga turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dibawah kamera 13-megapixel. Untuk rakaman gambar selfie, Honor 5X menyertakan kamera hadapan 5-megapixel.

Honor 5X

Honor 5X turut dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0, selain hadir dalam pilihan dwi-SIM 4G LTE.

Honor 5X dengan memori 2GB RAM berharga CNY999 (~RM670), sementara 3GB pula berharga CNY1399 (~RM939). Ia tidak diketahui lagi bilakah Honor 5X akan memasuki pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 5X Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari, Dan Binaan Premium"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info