Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Prabayar Akan Perlu Membayar Dengan Penambahan GST Sehingga 31 Disember 2015

Ketika pembentangan Belanjawan 2016, ramai yang menantikan pengumuman untuk prabayar di kecualikan daripada GST. Sebaliknya ia tidak berlaku, dan kerajaan mengumumkan pengguna Malaysia akan menerima kembali nilai GST yang telah dibayar berkuat-kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Lanjutan daripadanya, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengeluarkan kenyataan yang mana SKMM akan bertemu dengan syarikat telekomunikasi untuk mengimplementasikan mekanisma terbaik terhadap apa yang telah diumumkan oleh kerajaan.

GST Topup

Sementara itu, sehingga 31 Disember 2015 ini, ia dikatakan yang mana bentuk pembayaran GST akan diteruskan seperti sedia-ada, dimana pengguna akan perlu membayar tambahan 6% berkenaan.

Dengan pengumuman pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini, ia terus menjadi teka-teki sama ada pengumuman Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini akan diabaikan ataupun sebaliknya. Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini mengatakan syarikat telekomunikasi perlu memastikan harga kad prabayar dijual seperti sebelum perlaksanan GST bermula 31 Oktober 2015 ini.

Memandangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengatakan pengguna perlu menanggungnya sehingga penghujung tahun ini, maka ia menjadi tanda tanya sama ada GST akan dikenakan terhadap tambah-nilai ataupun menggunakan sistem baru yang memerlukan pengguna membayar GST berasaskan caj penggunaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Prabayar Akan Perlu Membayar Dengan Penambahan GST Sehingga 31 Disember 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info