Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Chrome Untuk iPad Dikemaskini – Menyertakan Sokongan Multi-Tasking Pada iOS9

Apple melalui iOS9 telah memperkenalkan salah satu fungsi baru yang dinantikan ramai, iaitu kebolehan multi-tasking dengan menjalankan aplikasi secara bersebelahan pada tablet mereka, iPad.

Google Chrome iOS9Beberapa aplikasi telah menyokongnya ketika pengenalan, dan terkini, Google menambah sokongan yang sama pada aplikasi pelayar web mereka, Google Chrome.

Melalui Chrome 46, fungsi yang dinamakan sebagai split-view ini boleh digunakan pada iPad Mini 4, atau iPad Air 2 sahaja.

Disamping itu, Google turut mengumumkan kini pengguna boleh membuat input dengan lebih mudah melalui integrasi fungsi autofill pada pelayar web.

Bagi anda yang mempunyai iPad Air 2 atau iPad Mini 4, anda boleh menikmati fungsi split-view ini dan meningkatkan kadar kelajuan anda membuat sesuatu tugasan.

Muat-Turun Chrome untuk iOS


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Chrome Untuk iPad Dikemaskini – Menyertakan Sokongan Multi-Tasking Pada iOS9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info