OnePlus ialah syarikat setahun jagung yang berjaya menggegarkan dunia peranti pintar. Peranti buatan mereka mempunyai spesifikasi yang baik tetapi dijual pada harga yang murah. Teknik penjualan berdasarkan jemputan tidak pernah dilakukan sebelum ini dan menjadikannya hangat di pasaran. Peranti OnePlus 2 mereka turut mendapat sambutan yang hangat sejak diperkenalkan Julai lalu. Namun peranti ini mengalami beberapa masalah pengeluaran sehingga berlakunya kelewatan kepada mereka yang sudah memesannya,
Menyedari hakikat ini Carl Pei, salah seorang pengasas OnePlus menulis surat terbuka dan meminta untuk bekerja sebagai seorang pelatih (intern) di Samsung. Samsung adalah syarikat yang dikagumi beliau kerana mampu menghasilkan jutaan peranti pintar tanpa masalah kelewatan. Beliau ingin melihat sendiri bagaimana syarikat gergasi ini beroperasi bagi mempelajari cara mereka menguruskan inventori dan pesanan pelanggan tanpa masalah. Sebagai balasan beliau mencadangkan supaya tenaga kerja Samsung turut menjadi pelatih di OnePlus untuk melihat bagaimana syarikat kecil mereka beroperasi. Idea pertukaran teknologi yang boleh dikatakan agak gila. Setakat ini pihak Samsung masih belum menjawab permohonan Carl Pei untuk bekerja di bawah mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengasas OnePlus Ingin Menjadi Pelatih Di Samsung"