Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Akan Menyokong ROM AOSP Pada Peranti Utama Dalam Masa Terdekat

Oppo Find 7 ialah peranti yang pernah kami ulasa tahun lalu. Ia secara terbuka menyokong penggunaan ROM selain dari Color OS. Ini membuatkan Oppoi Find7 amat diminati mereka yang mahukan kebebasan memilih ROM pada peranti pintar mereka. ROM Cyanogenmod boleh digunakan tanpa masalah pada peranti ini. Oppo hari ini mengumumkan mereka akan menyokong penggunaan ROM AOSP pada beberapa peranti utama mereka dalam masa terdekat. Pembangunan ROM AOSP untuk Find 7 sudah dimulakan dan R5 serta R5s turut akan dapat menggunakan sistem operasi selain Color OS. Sokongan Android AOSP dilakukan setelah menerima banyak maklum balas pengguna yang merungut terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan kemas kini terkini.

Oppo-AOSP

Berita buruk di sini ialah kerana projek ini baru sahaja dimulakan, ROM AOSP pertama untuk Find 7 adalah Android 5.1 dan bukannya Lollipop. Oppo menegaskan kesemua peranti utama akan menerima sokongan Android AOSP secara terus dari mereka mulai sekarang. Sekiranya anda kurang menggemari Color OS ini mungkin berita yang menggembirakan. Bulan lalu ketika melawat kilang Oppo di Shenzen kami ada memberikan saranan supaya Oppo menyokong ROM AOSP selain ColorOS. Pada waktu tersebut mereka tidak mengatakan ini akan dilakukan dalam masa terdekat kerana menumpukan pasaran China. Pengumuman Oppo hari ini kami sambut baik kerana sekurang-kurangnya sesi temubual kami dengan pihak atasan Oppo nampak seperti membuahkan hasil.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo Akan Menyokong ROM AOSP Pada Peranti Utama Dalam Masa Terdekat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info