Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus ZenPad 8.0 Mula Ditawarkan Melalui Asus Online Store

Asus Malaysia hari ini telah menambah satu lagi peranti yang ditawarkan melalui Asus Online Store, iaitu tablet terbaru mereka, Asus ZenPad 8.0. Tablet bersaiz 8.0-inci ini dijana menggunakan cip Qualcomm, dan bukannya Intel seperti beberapa tablet Asus sebelum ini.

Asus ZenPad 8.0

Melalui tablet ini, selain penawaran penggunaan Android pada skrin besar, pihak Asus turut menekankan kepada kebolehan pengguna mengubah bentuk paparan tablet berkenaan mengikut citarasa mereka. Sebagai contoh, pengguna boleh mengubah kerangka belakang mengikut warna kegemaran mereka, sekaligus menyerlahkan lagi tablet berkenaan dengan diri pengguna.

Asus ZenPad 8.0 ini menawarka masa penggunaan bateri selama 8 jam lamanya, dan Asus mengatakan tablet ini hadir dengan sokongan audio DTS-HD Premium, serta paparan 8-inci Try2Life yang menawarkan paparan yang sangat cantik.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan skrin 8-inci, dengan paparan 1280×800 pixel, cip Qualcomm 8916 1.2Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Di Malaysia, Asus ZenPad 8 ini ditawarkan pada harga RM849.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus ZenPad 8.0 Mula Ditawarkan Melalui Asus Online Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info