Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mimos Sedang Menguji Sistem Pintar Untuk Penjara

MIMOS, badan yang bertanggungjawab dalam kajian ICT di Malaysia, terkini sedang menguji sebuah sistem pintar tersendiri untuk digunakan dalam penjara. Melalui sistem berkenaan, ia akan menganalisa pelbagai rakaman kamera dalam penjara dan persekitaran – serta mengenal pasti kelakuan seperti pergaduhan, vandalisme, percubaan membunuh-diri, mahupun jika seseorang cuba memanjat dinding.

MIMOS Penjara

Jika berlaku sesuatu perkara yang mencurigakan, sistem tersebut akan memberikan notifikasi kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Menurut Mimos, sistem pintar atau AI ini berdasarkan kepada “gait analysis”, yang mana mengajar komputer untuk menganalisa dan memahami kelakuan dan pergerakkan manusia. MIMOS turut mengatakan sistem ini boleh digunakan dimana-mana untuk mengakses informasi berkaitan dengannya.

Sistem ini sedang diuji oleh MIMOS bersama-sama Polis Diraja Malaysia di balai polis Jinjang, Kuala Lumpur. Jika ianya berjaya dan menerima maklumbalas positif, maka ia akan diperkenalkan di seluruh negara.

Disamping di penjara, sistem yang dibangunkan MIMOS ini juga turut boleh digunakan pada beberapa lokasi berbeza, termasuk di pusat tahanan imigresen, pusat pemulihan dan beberapa lokasi lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mimos Sedang Menguji Sistem Pintar Untuk Penjara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info